fbpx

‘Apa kaitan berbogel untuk naikkan semangat wanita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penganjur bagi program motivasi meminta peserta untuk menanggalkan pakaian sebagai signifikan melepaskan tekanan, trauma, ketakutan dan sikap tidak yakin dalam diri mereka.

Dalam masa sama, tindakan menanggalkan pakaian itu juga dikatakan untuk meningkatkan sifat feminisme di dalam diri peserta yang mana kesemua mereka adalah wanita.

Perkara itu didedahkan seorang lelaki berhubung pengalaman isterinya menyertai satu program motivasi yang diadakan di Shah Alam pada tahun lalu.

“Guru yang melatih mereka ini himpunkan mereka. Seolah-olah malam terakhir adalah program yang sangat signifikan. Untuk melepaskan segala tekanan, trauma, ketakutan, tidak yakin dalam diri dan untuk meningkatkan sifat feminisme.

“Saya tak tahu apa hubung kait menanggalkan pakaian dengan satu kaedah menaikkan semangat wanita,” katanya pada program audio siar atau ‘podcast’ dihoskan oleh penyanyi dan aktivis kemanusian, Caprice serta disiarkan pada YouTube.

Lelaki itu mendakwa, setiap peserta berkenaan mempunyai kumpulan dan guru masing-masing, jadi ada dalam kalangan mereka telah mengetahui dari awal perlu membawa pakaian seksi dan mencolok mata.

“Ada kumpulan yang tidak tahu, jadi sebahagian orang dah bersedia dan menanti-nantikan.

“Sebahagian peserta, ‘apa cerita ni’ dan terkejut. Isteri saya adalah individu yang telah diberitahu, tetapi bersyukur dia ada sedikit iman untuk melindungi.

“Ada beberapa juga orang di sekelilingnya (tidak menanggalkan pakaian). Bayangkan Caprice ya, katalah ada 100 orang, semua orang berbogel atau separuh bogel. Ada beberapa kelompok kecil sahaja yang mengekalkan (berpakaian),” katanya.

Pendedahan itu mengejutkan Caprice dan dia kemudiannya turut bertanyakan sekali lagi kepada lelaki tersebut situasi berkenaan.

“Naked? In the hall in Shah Alam. This is Shah Alam guys, not Bukit Bintang. This is the most Malay neighbourhood in Malaysia. Shah Alam, you have half naked ‘mak cik’ (Bogel? Dalam dewan di Shah Alam. Ini Shah Alam kalian, bukan Bukit Bintang. Kawasan kejiranan paling ramai Melayu di Malaysia. Shah Alam ada ‘mak cik’ separuh bogel),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI