fbpx

Ahmad Razif menang saman fitnah terhadap Pengerusi JPKK Tuan Mandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Razif (hadapan, empat dari kanan) ditemui seperti permohonan writ saman fitnahnya dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan writ saman fitnah difailkan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Razif Abd. Rahman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tuan Mandak, Saik Abdullah Tuan Tengah, 63.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas defendan yang didakwa memfitnah Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus tersebut gagal hadir memberi respons writ saman fitnah difailkan di mahkamah.

Beliau menetapkan 17 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menentukan jumlah tuntutan saman yang bakal dibayar terhadap Ahmad Razif selaku plaintif.

Ahmad Razif memfailkan writ saman fitnah itu menerusi firma guaman Tetuan Ahmad Zaidi & Partners dan diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal serta Fatini Athirah Baharin.

Berdasarkan penyataan writ saman tersebut, Saik Abdullah didakwa membuat tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhkan reputasi Ahmad Razif.

Komen berunsur fitnah yang dimuat naik Saik Abdullah di Facebook pada 28 Mac lalu itu didakwa secara jelas menggambarkan Ahmad Razif sebagai seorang pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa.

Ahmad Razif berkata, writ saman fitnah menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan sebanyak RM3 juta difailkan selepas defendan enggan menarik balik kenyataan tersebut tujuh hari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI