fbpx

Agong ‘brisk walk’ bersama 200 kakitangan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim menyertai sesi 'brisk walk' bersama kakitangan Istana Negara pagi ini. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyertai program ‘brisk walk bersama kira-kira 200 warga Istana Negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, program santai sejauh 2.5 kilometer itu diadakan di sekitar kawasan dalam Istana Negara.

Jelas hantaran itu, program tersebut sebagai sebahagian usaha memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan antara Seri Paduka Baginda dengan para pegawai dan kakitangan.

“Aktiviti anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (Keksin) itu turut disertai oleh pasukan keselamatan serta petugas pengurusan fasiliti istana.

“Turut hadir, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Tan Sri Azmi Rohani, Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Pengerusi Keksin, Zulkifly Yunus dan beberapa pegawai kanan Istana Negara,” tulis hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI