fbpx

UMNO tidak pernah lupakan jasa Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) merasmikan mesyuarat perwakilan persidangan UMNO Bahagian Bukit Gelugor di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – UMNO tidak pernah melupakan jasa Datuk Seri Najib Tun Razak dan terus komited memperjuangkan isu berkait bekas Presiden parti itu mengikut saluran yang tertib dan berperlembagaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO,
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru ini yang menyentuh soal titah adendum adalah manifestasi jelas bahawa parti tetap memperjuangkan nasib Najib secara berhemah, selaras dengan penghormatan kepada institusi Raja-Raja Melayu.

”Presiden parti (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) tidak pernah melupakan jasa Najib. Sudah tentu kita mahukan keadaan yang baik untuk mantan Presiden.

”Tetapi dalam hal ini, kita faham dan akur bahawa ia berada dalam ruang kuasa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja-Raja,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan persidangan UMNO Bahagian Bukit Gelugor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pendekatan berhikmah itu penting kerana sebarang tindakan atau kenyataan terhadap institusi Raja bukan sahaja akan merosakkan imej UMNO sebagai pelindung institusi beraja, malah membuka ruang kepada pihak lain untuk meremehkan peranan Raja dalam sistem negara.

”Tidak ada siapa yang boleh saingi kehebatan dan semangat tinggi UMNO dalam soal mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kita hormat sistem dan kita guna kebijaksanaan untuk terus memperjuangkan apa yang benar, termasuk soal Najib,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI