fbpx

Restoran guna semut kering sebagai penambah perisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semut kering yang digunakan oleh restoran tersebut. - MFDS

SEOUL – Sebuah restoran di Korea Selatan berdepan tindakan undang-undang selepas menghidangkan makanan yang ditambah semut kering untuk memberikan rasa unik kepada pelanggan, lapor portal berita The Korean Herald. 

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat (MFDS) berkata, kes itu telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kebersihan Makanan Korea. 

Pemilik restoran didapati mengimport dua jenis semut dari Amerika Syarikat dan Thailand melalui perkhidmatan penghantaran ekspres di antara April 2021 hingga November 2024. 

“Restoran itu meletakkan tiga hingga lima semut kering bagi setiap hidangan tertentu yang dijual antara 2021 hingga Januari lalu. 

“Dianggarkan lebih 12,000 pinggan dijual dalam tempoh tersebut,” kata MFDS dalam satu kenyataan. 

Walaupun serangga dianggap selamat dimakan, penggunaannya dalam makanan perlu mendapat kelulusan rasmi mengikut peraturan sedia ada. 

Korea Selatan hanya mengiktiraf 10 jenis serangga sebagai bahan makanan yang sah termasuk belalang, ulat sutera dan larva ‘mealworm’ yang sering digunakan dalam snek jalanan tradisional seperti beondaegi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI