fbpx

PM ucap tahniah Tunku Panglima Johor juara GT World Challenge Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Abdul Rahman bersama Raja Zarith Sofiah meraikan kemenangan perlumbaan kedua GT World Challenge Asia, hari ini. Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan cemerlang merangkul kejuaraan dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia, hari ini.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga.

Katanya, kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan rakyat Johor dan Malaysia, malah mencerminkan daya saing serta semangat juang tinggi anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa.

“Kejayaan ini membuktikan anak-anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia dan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat, khususnya golongan belia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan meraikan kejayaan sambil menzahirkan sokongan dan pujukan kepada dua anakanda baginda yang mengalami nasib berbeza dalam perlumbaan kedua siri GT World Challenge Asia di Litar Fuji Speedway, Jepun, hari ini.

Tunku Abdul Rahman meneruskan prestasi cemerlang dengan kemenangan bergaya mendahului dari mula sehingga akhir bersama Ben Green dalam jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R #99.

Namun, nasib kurang baik melanda adindanya Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor dan Jordan Love (jentera #66) apabila kehilangan tempat ketiga di selekoh terakhir selepas dilanggar oleh pelumba lain dan tidak dapat menghabiskan perlumbaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI