fbpx

Penjaga gol Chelsea sertai Bournemouth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETROVIC bakal meninggalkan Stamford Bridge dengan menyertai Bournemouth menerusi kontrak lima tahun. - AFP

LONDON – Hasrat penjaga gol Chelsea, Djordje Petrovic untuk mendapat lebih banyak minit permainan di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya menjadi kenyataan apabila dia bersetuju menyertai Bournemouth.

Ia selepas kedua-dua kelab berkenaan bersetuju dengan yuran perpindahan berjumlah £25 juta (RM143.67 juta) menerusi kontrak selama lima tahun.

Perpindahan itu bakal memberikan nafas baharu buat karier Petrovic memandangkan Bournemouth memerlukan penjaga gol utama selepas Kepa Arrizabalaga kembali ke Chelsea setelah tamat tempoh pinjaman sebelum dijual kepada Arsenal.

Difahamkan, Petrovic, 25, telah diberikan kebenaran untuk menjalani ujian perubatan bersama Bournemouth seawal minggu depan.

Sebagai rekod, penjaga gol Serbia itu beraksi cemerlang buat Strasbourg secara pinjaman musim lalu dengan bermain 31 perlawanan sehingga berjaya membantu kelab Perancis itu meraih slot Liga Konferens Europa.

Begitupun, ia masih gagal memikat hati pengurus Chelsea, Enzo Maresca yang lebih cenderung untuk menggunakan khidmat Robert Sanchez dan Filip Jorgensen sebagai dua pilihannya dalam skuad utama.

Beberapa nama lain turut dikatakan bakal mengikut jejak Petrovic mencari kelab baharu seperti Joao Felix, Ben Chilwell, Renato Veiga yang kini berlatih bersendirian di Cobham, London.

Kehadiran Petrovic pastinya memberikan nilai tambah buat pengendali Bournemouth, Andoni Iraola yang berjaya mencipta sensasi dengan menjadi pengacau kepada kelab-kelab besar EPL musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI