fbpx

Pengawai pertanian maut, dua Perodua Myvi bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa Nazirah di Jalan Paka - Bandar Al Muktafi Billah Shah berhampiran susur masuk Plaza Tol Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pegawai pertanian maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, berhampiran persimpangan lampu isyarat persimpangan Plaza Tol Paka, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Nazirah Abdul Rahman, 41, meninggal dunia pada beberapa bahagian anggota badan.

Sewaktu kejadian, wanita tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di Pejabat Pertanian Hulu Paka, Ketengah Jaya dari rumahya di Kampung Cacar Baru, Paka, di sini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Myvi dipandunya dikatakan tiba-tiba dirempuh sebuah kereta jenis sama yang telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Rizuan Ramli berkata, mayat Nazirah yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata, lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi dan penumpang wanitanya pula cuma cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI