fbpx

Penganggur larikan rantai emas bernilai RM66,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUMET ditangkap selepas disyaki mencuri rantai emas. - Foto Facebook

BANGKOK – Seorang penganggur ditangkap selepas mencuri rantai emas dari sebuah kedai di wilayah Ranong, Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Suspek dikenali sebagai Sumet, 35, melarikan beberapa utas rantai emas bernilai kira-kira 500,000 baht (RM65,600) sebelum ditangkap.

Dalam kejadian pada pukul 7.29 malam (waktu tempatan) semalam, polis dimaklumkan mengenai kejadian samun di Kedai Emas Yaowarat yang terletak di pusat beli-belah Big C, daerah Mueang Ranong.

Anggota-anggota polis kemudian mendapati bahawa suspek telah ditangkap oleh beberapa pekerja kedai  sekitar 90 meter dari kedai emas itu.  Sebanyak lapan utas rantai rantai emas yang curi berada bersama suspek.

Seorang pekerja, Suriya Pliensombat berkata, ketika dia mahu menutup kedai, suspek tiba-tiba masuk dan merampas barang kemas itu sebelum melarikan diri. 

Suriya dengan pantas mengejarnya dan dengan bantuan dua atau tiga rakan sekerja, mereka berjaya menangkap suspek sebelum polis tiba. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI