fbpx

Pelajar kolej maut motosikal rempuh kereta elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut selepas telibat kemalangan di Kilometer 289.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, semalam.

KAJANG – Seorang pelajar kolej maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah kereta jenis Perodua Bezza di Kilometer 289.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati pemandu kereta Perodua Bezza dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur.

“Pemandu berusia 30 itu yang memandu di lorong tengah memperlahankan kenderaan kerana terdapat kemalangan di hadapan.

“Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal mengalami kecederaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Nur Faezah di talian 012-3268496. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI