fbpx

Lelaki pandu SUV rempuh restoran setelah diusir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH SUV merempuh restoran di Lima. - Foto Viral Press

LIMA – Seorang lelaki di Lima, Peru merempuh sebuah restoran menggunakan kenderaan utiliti lasak (SUV) miliknya selepas dia diusir keluar dari premis itu kerana memulakan pergaduhan, lapor portal berita The Sun UK semalam.

Tindakan Miguel Angel Requejo Astochado, 51, menyebabkan berpuluh-puluh orang berlari menyelamatkan diri selepas SUV yang dipandunya dalam keadaan mabuk, merempuh dinding restoran tersebut.

Menurut laporan, Astochado merempuh restoran El Charrua untuk membalas dendam terhadap pemilik premis tersebut yang telah mengusirnya beberapa minit sebelum itu.

Sebelum itu, satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Astochado memulakan pergaduhan besar-besaran dengan beberapa pelanggan lain. 

Menurut saksi, Astochado yang berada dalam keadaan mabuk, bertengkar dengan sekurang-kurangnya lima lelaki sebelum pergaduhan tercetus.

Selepas mereka berbalas serangan, dia diseret keluar dari restoran oleh beberapa orang.

Mereka yang berada di dalam restoran kembali ke tempat duduk masing-masing sebelum SUV dipandu Astochado merempuh premis tersebut.

Dia kini disiasat kerana cubaan membunuh, menyebabkan kerosakan teruk dan memandu dalam keadaan mabuk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI