fbpx

Individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan mangkat diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang individu diburu polis selepas dipercayai menyebarkan maklumat palsu di Facebook dengan mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mangkat dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, laporan dibuat selepas dakwaan tersebut tular di laman sosial.

“Bukit Aman sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu mendakwa Sultan Muhammad V mangkat baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI