LONDON – Sebuah helikopter ambulans mendarat di atas lebuh raya di Britain susulan kemalangan serius membabitkan sebuah kereta dan motosikal, lapor akhbar Manchester Evening News semalam.
Lebuhraya M60 ditutup sepenuhnya di laluan antara Bredbury dan Denton semalam selepas kemalangan berlaku sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan).
Semua kenderaan diarahkan menggunakan laluan alternatif ketika pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
“Penunggang motosikal dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah. Siasatan lanjut masih dijalankan,” kata jurucakap polis Greater Manchester.
Punca kemalangan masih disiasat, manakala laluan itu ditutup sehingga pukul 11 malam (waktu tempatan). – AGENSI