fbpx

Denda lebih RM600 jika merokok tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pantai di Pattaya. - Foto AFP

BANGKOK – Bandar Pattaya di Thailand menguatkuasakan peraturan ketat larangan merokok di semua kawasan pantainya, lapor laman berita The Pattaya Mail hari ini.

Larangan itu turut termasuk laluan pejalan kaki bagi tujuan kesihatan awam dan mengekalkan kebersihan.

Papan tanda larangan merokok telah dipasang di sepanjang tepi pantai. Ia dengan jelas memberitahu pengunjung dan penduduk tempatan bahawa merokok dilarang di mana-mana pantai dan laluan pejalan kaki.

Mereka yang ditangkap melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga 5,000 baht (RM660).

 Inisiatif itu bertujuan untuk mengurangkan sampah dari puntung rokok, selain membantu meningkatkan kualiti udara dan menyediakan persekitaran lebih bersih serta mesra keluarga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI