fbpx

Chelsea dedah tanda harga Jackson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON semakin tersisih dalam perancangan Chelsea menyebabkan Milan bersedia memberikannya peluang. - AFP

LONDON – AC Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Chelsea, Nicolas Jackson selepas pemain Senegal itu dikatakan mula tercicir daripada perancangan pengurus pasukan itu, Enzo Maresca.

Pemain berusia 24 tahun itu masuk dalam senarai enam calon penyerang yang sedang dipantau oleh kelab Serie A itu, malah Milan yakin pemain berkenaan boleh dibawa keluar dari Stamford Bridge sekiranya rundingan harga berjaya dimuktamadkan.

Namun, Chelsea telah meletakkan tanda harga mengejutkan iaitu sebanyak £100 juta (RM597.85 juta) untuk mana-mana kelab yang berhasrat mendapatkan bekas pemain Villarreal itu yang sebelum ini dibeli dengan harga hanya £32 juta (RM176.30 juta) dua tahun lalu.

Situasi Jackson makin sukar selepas dua penyerang baharu, Liam Delap dan Joao Pedro, mengatasinya dalam hierarki serangan The Blues terutama apabila hanya meledak empat gol sejak Januari dan dua kad merah dalam lima aksi terakhir.

Sepanjang dua musim bersama Chelsea, Jackson telah menjaringkan 30 gol, namun tidak mempunyai kelebihan klinikal untuk menjadi kekuatan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Milan sebelum ini pernah berurusan dengan Chelsea dalam beberapa perpindahan pemain termasuk Tammy Abraham dan Fikayo Tomori, kini sedang mencari pengganti selepas Luka Jovic dilepaskan serta Abraham kembali ke Roma sebelum dipinjamkan ke Besiktas.

Difahamkan, wakil Milan telah menerima isyarat bahawa Jackson bersedia mempertimbangkan perpindahan ke San Siro, namun tuntutan harga Chelsea dijangka menjadi penghalang utama dalam rundingan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI