fbpx

Campur tangan masalah keluarga punca Shila Amzah diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah

PETALING JAYA – Rasa tidak puas hati kerana mencampuri masalah keluarga menjadi punca penyanyi, Shila Amzah diserang dengan ugutan berbaur ancaman oleh selebriti legenda baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya sudah mengambil empat keterangan setakat ini.

“Suspek yang terlibat telah dipanggil untuk rakaman percakapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan berhubung kes Shila yang didakwa diserang selebriti bertaraf legenda ketika dalam sesi latihan sebuah konsert sempena ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, Khamis lalu.

Mohamed Usuf Jan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 5.31 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Terdahulu, Shila mendedahkan beliau telah diserang secara terbuka di hadapan semua pekerja sehingga menjejaskan emosi dan keselamatannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI