fbpx

Buriram United belasah Sabah FC 8-2 di Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Sabah kini akan fokus mengharungi aksi pramusim di tanah air sebelum membuka tirai saingan Liga Malaysia, Ogos depan. - Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Pasukan Liga Super, Sabah FC ternyata bukan tandingan juara Liga 1 Thailand, Buriram United selepas tewas 2-8 dalam aksi persahabatan Piala Sumbangsih Asean di Stadium Rainbow, Pattani sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Thunder Castle selesa mendahului 3-0 dengan menggempur kubu Sang Badak pada 45 minit pertama menerusi penyudah berganda Supachai Chaided (minit ke-3 dan ke-26) selain jaringan Fejsal Mulic (m-39).

Bersambung pada babak kedua, Buriram terus garang apabila giliran pemain sensasi, Guillerme Bissoli meledak nama sebagai penjaring sebelum Sabah cuba merapatkan kedudukan hasil jaringan Stuart Wilkins dan Azhad Harraz Arman.

Namun, hasrat skuad kendalian Martin Stano untuk buat kebangkitan tidak berhasil apabila Nemanya Nikolic meledak jaringan hatrik sebelum kemenangan bergaya pasukan tuan rumah disudahkan oleh penyudah Kenneth Douglas.

Sebagai rekod, skuad The Rhinos dianggap sebagai antara pasukan terkuat negara sejak beberapa tahun lepas selain berjaya berada dalam kedudukan ketiga Liga Super musim lalu.

Saingan Liga Malaysia musim 2025/2026 dijadualkan bermula pada bulan depan dengan Sabah akan bertemu pendatang baharu, Melaka FC pada 10 Ogos di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI