fbpx

Alonso ‘pangkah’ tiga pemain Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRYGO sah tidak berada dalam perancangan Alonso untuk musim depan menyebabkan dia bakal dijual pada jendela perpindahan kali ini. - AFP

MADRID – Jurulatih baharu Real Madrid, Xabi Alonso dilaporkan tidak lagi meletakkan kepercayaan terhadap tiga pemain utama Los Blancos apabila nama Rodrygo Goes, Brahim Díaz dan Dani Ceballos dikatakan bakal meninggalkan Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber, Alonso kini sedang melaksanakan pelan pembersihan dalam usaha membentuk semula pasukan yang lebih kompetitif bagi menghadapi musim baharu.

Tiga pemain berkenaan gagal menyerlah pada kempen Piala Dunia Kelab (CWC) baru-baru ini, malah langsung tidak diberi kepercayaan oleh Alonso ketika perlawanan separuh akhir menentang Paris Saint-Germain (PSG) yang menyaksikan Real mencatat kekalahan besar.

Rodrygo mencatat statistik suram apabila hanya beraksi 92 minit sepanjang kejohanan itu dan langsung tidak diturunkan ketika menentang PSG, sekali gus memberi bayangan jelas bahawa tempatnya dalam skuad utama semakin terancam.

Sementara itu, pemain kelahiran Malaga, Brahim Díaz, hanya memiliki 103 minit permainan dalam empat perlawanan dan kehadiran pemain muda, Franco Mastantuono yang kini menjadi taruhan baharu turut menambah tekanan buat pemain itu.

Turut menerima nasib sama ialah pemain tengah, Dani Ceballos apabila hanya digunakan selama 70 minit dalam keseluruhan kejohanan ekoran kepulangan Eduardo Camavinga daripada masalah kecederaan menyebabkan posisi tersebut menjadi miliknya.

Ketika jendela perpindahan masih terbuka, ketiga-tiga pemain itu dijangka bakal menggalas cabaran baharu musim depan bersama kelab lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI