fbpx

3 premis diambil tindakan, 27 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sekitar Petaling Jaya, Khamis lalu.

PETALING JAYA – Tiga premis di sekitar daerah ini dikenakan tindakan sita dan penutupan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana beroperasi tanpa lesen dan pelanggaran syarat kebersihan.

Operasi diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekitar pukul 9 malam, Khamis lalu.

MBPJ berkata, serbuan membabitkan premis perniagaan merangkumi sektor hotel, pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan serta pusat hiburan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tiga premis perniagaan, MBPJ telah mengeluarkan satu tindakan sitaan, dua kompaun atas pelbagai kesalahan serta dua arahan penutupan premis,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihak JIM turut menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk tindakan lanjut.

Justeru, MBPJ menegaskan agar semua pemilik perniagaan di Petaling Jaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI