fbpx

[VIDEO] Tiga lelaki diburu, kantoi curi kabel di Dengkil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial ketika ini.

SEPANG – Polis memburu tiga lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel selepas rakaman video mengenai perbuatan mereka tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada Telekom Malaysia (TM) pada pukul 6.55 petang selepas video berdurasi 56 saat itu tersebar di Facebook sejak tengah hari tadi.

“Rakaman video itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dinaiki tiga lelaki sedang menarik kabel di sebuah taman perumahan di Dengkil.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kabel yang dicuri jenis cooper 100 pair overhead sepanjang 200 meter dengan anggaran kerugian RM10,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor B. Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang menerusi 03-87774222.

Sebelum ini, satu rakaman video menunjukkan tiga lelaki melarikan diri selepas kantoi dirakam ketika menarik kabel di sebuah lorong taman perumahan di Dengkil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI