fbpx

Selangor sasar 40,000 sertai Festival Turath Islami 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin pada program itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyasarkan penyertaan seramai 40,000 orang bagi Festival Turath Islami Selangor 3.0 yang dilancarkan secara rasmi bermula hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program selama sembilan hari itu memfokuskan kepada penghayatan mengenai tradisi dan amalan Islam di nusantara.

Kata beliau, pengisian festival Turath Islami kali ini meliputi bacaan tafsir al-Quran dan taurah termasuk syarahan perdana oleh tokoh agama terkemuka Indonesia, Ustaz Dr. Adi Hidayat.

“Setakat ini, kita telah menerima pendaftaran seramai 2,000 orang yang menyertainya secara fizikal.

“Berdasarkan sambutan pada penganjuran festival terdahulu, kita yakin jumlah peserta akan mencecah 40,000 orang termasuk secara atas talian,” katanya selepas merasmikan program itu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, kelainan festival kali ini menampilkan topik mengenai tafsiran Kitab Dalail al-Khairat yang digunakan di nusantara.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI