fbpx

‘Rezeki masing-masing, orang masih panggil saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMBAKAN pelakon baharu sama sekali tidak menggusar hati Chacha yang sentiasa percaya setiap insan punya rezeki yang sudah tertulis.

KUALA LUMPUR – “Ramai pelakon baharu masuk dalam industri, alhamdulillah tak terkesan.”

Demikian kata pelakon Chacha Maembong yang mengakui tidak terkesan dengan kehadiran bintang baharu dalam industri lakonan tanah air mutakhir ini.

Chacha atau nama asalnya, Siti Aishah Ismail, 29, sebaliknya bersyukur kerana ramai pengarah masih mempercayai bakat dan kempuannya menjiwai pelbagai watak.

“Sesetengah watak sesuai orang masih panggil saya. Ada stesen televisyen, produser dan pengarah yang masih ingat dan percaya dengan lakonan saya. Dah masuk 2025, pelbagai watak boleh bawa.

“Rezeki masing-masing dan pelakon baharu juga. Kadang-kadang orang tidak mahu tengok muka sama dalam televisyen,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar Home Of Drama, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon Emma Maembong itu mengakui pernah berhadapan dengan pelakon baharu yang bersikap dingin.

“Saya ada di zaman media sosial belum naik. Alhamdulillah bersyukur dapat rasa zaman dulu.

“Zaman sekarang berbeza. Dulu mula berlakon, masuk set saya tak fikir apa-apa, telefon pun tak pegang cuma pegang skrip saja.

“Sekarang ada yang ‘instant’ (pelakon segera), ada hadap (berperangai) tapi bukan semua.

“Selagi tak kacau saya, selagi boleh membawa watak disediakan atau menjiwai watak terpulang kepada awak (bersikap dingin),” jelasnya.

Bagaimanapun, Chacha tidak ambil pusing pelakon baharu yang bersikap sombong malah hanya akan memberi perhatian kepada individu yang ingin belajar.

“Selama berlakon saya hadap yang tak teruk, ada pelakon- pelakon baharu yang ingin belajar.

“Kalau baca dialog mereka tak pandai sampaikan, ada yang minta tunjuk ajar. Saya cakap kepada mereka, dalam industri kalau awak mahu belajar insya-Allah boleh pergi jauh.

“Walaupun saya tak lama sangat tapi sampai sekarang saya masih belajar. Di set saya belajar ilmu baharu setiap hari,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI