fbpx

Polis siasat kesan lebam di tangan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN lebam di lengan seorang murid yang dikatakan akibat didera seorang guru sebuah sekolah rendah di Batu Pahat.

BATU PAHAT – Polis menyiasat kesan lebam di lengan dan bahu seorang murid sebuah sekolah rendah di Batu Pahat selepas dikatakan didera oleh seorang guru.

Murid berkenaan dikatakan dikurung dalam tandas namun tidak diketahui punca sehingga menyebabkan tindakan sedemikian oleh guru berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kejadian yang dikatakan dera itu berlaku atau tidak kerana masih di peringkat siasatan awal.

Katanya, polis juga masih melakukan siasatan terhadap kesan lebam pada badan murid berkenaan sama ada berpunca daripada kejadian dera yang dimaksudkan atau dari sebab-sebab lain.

“Masih di peringkat awal siasatan, belum pasti sepenuhnya maklumat dari hospital tersebut berkaitan kejadian, berlaku atau tidak (kejadian dera) kita belum pasti punca lagi.

“Kecederaan hanya kesan lebam (bruises) di lengan dan bahu sahaja dan tiada kesan lain, kurung dalam tandas belum pasti masih dalam siasatan awal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, maklumat kejadian diterima daripada pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat namun belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya terlebih dahulu sebelum meneruskan siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI