fbpx

Pelajar universiti lemas cuba selamatkan rakan di Bukit Dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mayat mangsa yang lemas di Air Terjun Bukit Dinding, Sungai Badak di Gurun, hari ini.

GURUN – Seorang pelajar universiti ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang terkapai-kapai di kawasan Air Terjun Bukit Dinding, Sungai Badak di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Zaim Ikhwan, 24, yang berasal dari Sungai Dedap, Yan sedang mandi-manda bersama enam rakannya.

Kesemua mereka dipercayai pelajar sebuah universiti di Kuala Ketil dan berkunjung ke kawasan berkenaan untuk berkelah sempena cuti hujung minggu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa melihat seorang rakan perempuan terkapai-kapai sebelum cuba menyelamatkannya.

Namun, difahamkan selepas rakannya berjaya dibawa ke tebing kolam, mangsa dikatakan tenggelam dan lemas.

Mangsa kemudian dijumpai di dasar kolam dengan bantuan pengunjung lain sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi selepas itu.

Mayat Zaim dibawa turun dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Happyzam Abd. Rashid berkata, mayat mangsa ditemukan serta dinaikkan oleh pengunjung di lokasi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI