fbpx

Lelaki pukul ‘King Myvi’ dengan besi sudah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki memukul kereta Myvi dengan besi di Jalan Lebuh Pantai, semalam.

GEORGE TOWN – Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang tular selepas melakukan perbuatan khianat ke atas kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Lebuh Pantai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang lelaki memukul sebuah kereta menggunakan batang besi.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 25 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi kira-kira pukul 7.55 malam semalam.

“Kejadian berlaku pukul 4.00 petang semalam ketika mangsa memandu kereta di Jalan Lebuh Pantai. Kereta lelaki itu dilanggar Perodua Myvi yang dinaiki suspek.

“Suspek keluar dari kenderaannya dan mengambil batang besi lalu memukul pintu belakang kereta mangsa sehingga kerugian RM3,000,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI