SPEKULASI mendakwa bintang Bollywood, Kriti Sanon kini dalam senarai utama yang akan membintangi filem Don 3 di samping Ranveer Singh semakin hangat diperkatakan.
Sebelum ini watak heroin filem arahan Farhan Akhtar itu menjadi milik Kiara Advani telah menarik diri kerana hamil.
Ucapan hari lahir Kriti buat Ranveer menguatkan lagi spekulasi bahawa dialah heroin Don 3.
“Selamat hari lahir Ranveer. Kerja keras kamu, energi serta bakat kamu yang luar biasa sentiasa memberi inspirasi buat saya. Terus bersinar rockstar! Tak sabar untuk bekerja dengan kamu tidak lama lagi,” tulisnya.
Filem Don 1 dan 2 sebelum ini dibintangi Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra. Versi asalnya pula dibintangi Amitabh Bachchan dan Zeenat Aman.