fbpx

Kenapa takut dengan DAP, mereka tidak pernah menentang – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang kali ke-37 hari ini.

SUNGAI BULOH – Barisan Nasional (BN) tidak akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 malah akan mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahih Hamidi, parti itu akan menggunakan logonya sendiri.

Tegas beliau, kerjasama tersebut juga dilakukan oleh BN hanya bersama dengan adalah dengan PH, bukan secara langsung dengan DAP.

“Yang marah kita dengan ‘UMDAP’ pasal apa? Kita ada perjanjian dengan DAP? Tidak pernah. Perjanjian kita saya kata, antara BN dan PH yang di dalamnya dalam ada DAP, tetapi DAP tidak pernah menentang kita.

“DAP tidak pernah menentang kita dalam Kongres Ekonomi Bumiputera, DAP tidak menentang dalam agenda Melayu dan Islam. Yang takut sangat kenapa, bukan saya hendak puji DAP, tidak. Sebab mereka bersetuju dengan kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang kali ke-37 di sini hari ini.

Pada ucapan itu juga, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu BN kekal sebagai gabungan politik dominan pada PRU-16.

“Kita mahu kekal dominan. Ia bukan sekadar di atas kertas, tetapi menerusi gerak kerja yang kita laksanakan secara konsisten dan tersusun.

“Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Maka strategi kita juga perlu menitikberatkan penyatuan dan keseimbangan antara kaum dan agama,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI