fbpx

Ingatkan siapa, rupa-rupanya muka sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dikesan melalui kamera litar tertutup.

PETALING JAYA – Seorang lelaki cemas apabila menerima notis pemberitahuan mengenai kehadiran individu menerusi aplikasi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @Ahmadburhanuddin, selepas membuat semakan lanjut, dia mendapati individu tersebut adalah dirinya sendiri.

“Saya buka rakaman CCTV untuk tengok siapa individu itu, rupa-rupanya muka saya sendiri masa tengah pasang panel solar,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan perkongsian lelaki tersebut..

“Abang tampan sangat, mungkin sebab itu CCTV kesan ada orang,” kata @Manpluto_.

“Nasib baik abang tidak lapor kepada polis, kalau tidak dapat malu sahaja nanti,” balas @Ahamkidd.

“Nasib baik saya baca sampai habis, baru nak komen tengok muka pun sudah tahu pencuri, maaf ya abang,” seloroh @Apiyzs. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI