fbpx

EPL: Cunha ikrar lunas tugas No. 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUNHA menggalas tugas besar di United untuk memastikan jentera serangan pasukan itu lebih tajam musim baharu nanti. - AFP

MANCHESTER – Penyerang baharu Manchester United, Matheus Cunha akhirnya membuka mulut berhubung isu jersi No.10 yang ‘dirampas’ daripada pemilik asal, Marcus Rashford menjelang saingan musim depan.

Bekas pemain Wolverhampton Wanderers itu tanpa berselindung mengakui gembira dianugerahkan nombor jersi ikonik meskipun ada sebahagian besar peminat United tidak senang dengan tindakan tersebut.

Cunha berkata, jersi No. 10 di United sentiasa menjadi idaman mana-mana pemain memandangkan ia pernah disarung pemain-pemain legenda United seperti Ruud van Nistelrooy, Zlatan Ibrahimovic dan Wayne Rooney.

“Ia sesuatu yang sangat menakjubkan kerana saya sentiasa memasang impian untuk memakai jersi No.10. Tidak sukar untuk saya sebutkan nama-nama pemain yang pernah menyarung jersi dengan nombor ini.

“Bagaimanapun, pemain pertama yang menerjah ke fikiran saya sebaik sahaja melihat jersi No.10 United adalah Wayne Rooney. Saya sentiasa menonton dia bermain ketika saya kecil lagi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa peminat The Red Devils menyuarakan rasa terkilan atas tindakan United menyerahkan jersi No. 10 kepada Cunha di kala Rashford masih lagi bergelar pemain pasukan tersebut.

Sementara itu, Cunha mengakui tanggungjawab yang dipikul kini lebih besar sebaik sahaja mewarisi nombor berkenaan, namun dia yakin mampu membantu United dari segi jaringan dan umpanan.

“Memang gembira dapat menggunakan nombor ini, tetapi ia datang dengan tanggungjawab cukup besar. Sudah tentu saya akan cuba memberikan segala-galanya bagi membantu pasukan dari segenap aspek,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI