fbpx

eHATI aktiviti persendirian tiada kaitan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Penganjuran program motivasi rumah tangga (eHATI) yang didakwa songsang dan terpesong bersifat aktiviti persendirian dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau prihatin dengan apa yang didedahkan dengan tidak tegas perlu diambil kepada mereka yang langgar peraturan.

“Kita tak pasti sebab perkara ini setahun lepas dan laporan baru diterima dan saya minta JAIS siasat dan ambil tindakan tegas.

“Penganjuran pun dilakukan secara persendirian di dalam dewan dan sebagainya. Ia pun tidak melibatkan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Turath Islami 2025 di sini, hari ini.

Beliau turut menyerahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan terhadap pengurusan sebuah pusat konvensyen yang menjadi lokasi aktiviti berkenaan.

“(Adakah pengurusan pusat konvensyen akan dipanggil), kita tengok keadaan dan biar pihak polis serta sebagainya untuk melakukan siasatan.

“Saya pasti benda ini akan terakam (terungkai) ke tahap itu. Sekarang yang adalah dakwaan satu peserta. Yang penting bila ada, kita minta kena siasat lagi,” katanya.

Terdahulu media melaporkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pihak berkuasa agama negeri Selangor akan menjalankan siasatan terperinci penularan isu melibatkan penganjuran program eHATI.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang bekas ahli program itu membuat pendedahan secara terbuka di akaun Facebooknya berhubung ajaran itu dikatakan berselindung di sebalik program keluarga bahagia, seni cinta rumah tangga dan motivasi kepada wanita.

Menurut wanita itu, ramai peserta program itu dalam kalangan wanita terutama mereka yang berkerjaya dan mempunyai masalah dalam hubungan suami isteri seperti kecewa dengan suami, rumah tangga sedang goyah, gangguan orang ketiga, suami tak tertarik dengan isteri dan banyak lagi.

Motivator itu turut dikatakan menganut ajaran sesat berbahaya berselindung dengan modul seperti program keluarga bahagia, seni cinta rumah tangga dan motivasi wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI