fbpx

Denyut nadi akar umbi UMNO Tumpat masih ‘kencang’ – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat semalam.

PETALING JAYA – Presiden UMNO menyifatkan UMNO Bahagian Tumpat masih mempunyai kekuatan akar umbi yang utuh dan bersedia untuk bangkit dengan semangat baharu.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesetiaan 219 cawangan di bahagian itu membuktikan bahawa jentera parti masih bernyawa dan hanya menanti masa untuk digerakkan dengan pendekatan serta tekad yang diperbaharui.

“Semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat semalam, saya dapat melihat denyut nadi akar umbi yang masih berdegup kencang.

“Kemenangan bukan sekadar berpaksikan populariti, tetapi datang daripada kesungguhan dan penyusunan yang teratur. Kita tidak perlu bersaing dengan retorik, cukup dengan rekod perkhidmatan yang meyakinkan serta kehadiran konsisten di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan di laman X hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Bahagian Tumpat, Datuk Haji Zulkifli Abdullah serta seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri yang disifatkan kekal istiqamah dalam perjuangan.

Beliau turut mengiktiraf peranan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub sebagai tunjang utama dalam menyatukan kekuatan parti di negeri itu.

“Saya menyeru agar seluruh saf kepimpinan dan ahli parti terus mengukuhkan barisan dan meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI