PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas di Terengganu adalah di Kemaman. Manakala, di
Pahang pula termasuk Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Selangor, cuaca buruk kemungkinan berlaku di Klang, Kuala Langat dan Sepang. Kemudian, di Negeri Sembilan pula adalah di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin,” lapor MetMalaysia.
Dalam pada itu, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda Johor di kawasan Tangkak, Muar, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Cuaca buruk juga dijangka terjejas di Sabah termasuk Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” tambahnya. -KOSMO! ONLINE