fbpx

‘Cara Aliff Syukri, Shahida didik Ammar memang luar biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABIL mengagumi cara Aliff Syukri dan isteri membentuk keperibadian Ammar Ahyan yang bukan sahaja bijak tetapi berbudi pekerti dan merendah diri.

PETALING JAYA – Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian anak sulung pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ammar Ahyan yang disifatkan matang serta penuh sopan santun.

Ujar Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 41, dia tersentuh apabila remaja berusia 17 tahun itu menyatakan hasrat untuk membawa kedua-dua ibu bapanya bercuti dengan menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.

“Apa yang saya kagum waktu jumpa Ammar, dia cakap, ‘Saya nak bawa mak dan ayah saya bercuti.’ Bila dengar macam tu, saya sangka dia nak bawa ke luar negara.

“Rupa-rupanya dia kata, ‘Saya mampu bawa ke Langkawi dulu’. Maknanya, dia nak bawa mak ayah dia ikut hasil pendapatan dia sendiri.

“Bila dah ada lebih nanti, barulah dia nak bawa ke luar negara. Saya kagum dengan pemikiran dia. Maksudnya cara Datuk dan Datin didik Ammar memang luar biasa,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Tambah hos Gegar Vaganza itu, dia sangat terinspirasi dan hormat dengan gaya asuhan pasangan usahawan tersebut yang bukan seperti tanggapan awal sesetengah pihak.

“Kadang kita nampak mereka macam ‘huha huha’, tapi bila dah kenal, jadi hormat. Rupanya, cara didikan mereka lain macam.

“Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, kita nampak nilai dan hikmah dalam apa mereka buat,” ujarnya.

Paling penting kata bapa tiga anak itu, peluang bertemu Ammar juga memberinya satu semangat baharu sebagai seorang bapa.

“Saya kagum dengan mak bapa dia sebab Ammar Ahyan itu, ya Allah ‘brilliant’.

“Dia seorang budak yang pandai dan baik. Rezekilah dapat anak macam itu. Seronok jumpa insan sebegini, saya suka sebab dia ‘buka’ minda kita,” luahnya.

Untuk rekod, Ammar Ahyan merupakan anak sulung hasil perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida.

Remaja itu kini semakin aktif dalam media sosial bersiaran langsung menjual produk bapanya dengan gaya tersendiri sekali gus mencuri perhatian netizen dengan sifatnya yang matang serta merendah diri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI