NUUK, GREENLAND – Imej luar biasa menunjukkan sebuah bongkah ais besar hanyut menuju ke sebuah pantai di Greenland, lapor portal berita MailOnline semalam.
Struktur yang menjulang tinggi itu semakin menghampiri sebuah pelabuhan di Innaarsuit, di mana pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai.
Ia kini berada berhampiran kilang ikan Royal Greenland dan kedai makanan tempatan, manakala orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati.
“Perkhidmatan kecemasan menggalakkan orang awam untuk tidak pergi ke arah kedai, pada masa yang sama mereka diminta lebih berwaspada.
“Perkhidmatan kecemasan juga mahu anda berhati-hati semasa belayar keluar atau masuk ke penempatan itu,” kata Majlis Perbandaran Avannaata
Seorang pekerja tempatan, Dennis Lehtonen berkata, bongkah ais itu pada asalnya datang ke kampung itu kira-kira seminggu yang lalu tetapi ia terus bergerak.
“Bongkah ais itu bagaimanapun kembali ke Innaarsuit dan kekal di posisi tersebut,” katanya. – AGENSI