fbpx

‘Bertahan 20 saat, kemudian rasa nak nangis, pengsan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI meningkatkan stamina, Noh ikut jejak langkah idolanya, Siti Nurhaliza menyertai kelas Muay Thai.

PETALING JAYA – Menjadikan Biduanitu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idola, penyanyi Noh Salleh menyertai kelas seni mempertahankan diri, Muay Thai.

Menurut Noh atau nama lengkapnya, Mohammad Noh Salleh, 40, keputusan itu diambil kerana kagum dengan stamina Siti yang mampu menjayakan konsert selama dua hari berturut-turut.

“Pada waktu ini, aku rasa kena daftar juga kelas Muay Thai sebab Tokti (Siti Nurhaliza) berjaya, stamina hebat sampai habiskan konsert dua hari.

“Dia kata rahsianya Muay Thai. Aku pun cari tempat bersesuaian untuk berlajar Muay Thai,” katanya dalam hantaran Instagram.

Pun begitu, ahli kumpulan Hujan itu berkongsi pengalaman menyertai kelas sukan tempur asal Thailand itu yang katanya tidak mudah.

“Sampai sana awal pagi. Hari pertama macam yakin bagun pagi ada tenaga tapi hanya bertahan 20 saat pertama.

“Kemudian rasa macam nak nangis dan pengsan sebab tak ada oksigen tapi tahun ini bangga sebab boleh bangun pagi serta laksanakan kelas ini.

“Memang tiada oksigen sampai jurulatih perasan. Itulah serba sedikit kelas aku,” ujarnya.

Sebelum ini, Siti kerap berkongsi mengenai sukan Muay Thai yang dilakukan bagi memastikan tubuhnya sentiasa cergas dan sihat.

Malah, sukan tempur terbabit juga mampu menurunkan berat badannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI