fbpx

Bapa tembak anak enggan padam akaun TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail 10 April lalu menunjukkan paparan logo TikTok. - AFP

ISLAMABAD – Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di Pakistan ditembak mati oleh bapanya sendiri hanya kerana mangsa enggan memadamkan akaun TikTok miliknya, lapor laman berita CBS News semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Rawalpindi dekat wilayah Punjab, Selasa lalu. 

Seorang jurucakap Polis Rawalpindi berkata, keluarga mangsa pada awalnya cuba menggambarkan kejadian sebagai bunuh diri. 

“Suspek meminta mangsa untuk memadam akaun TikTok  tetapi ditolak, menyebabkan remaja itu ditembak.

“Suspek telah ditahan,” katanya.

Polis menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan bagi membela maruah keluarga. 

Kes itu tular sebulan selepas seorang pencipta kandungan  TikTok bernama Sana Yousaf, 17, dibunuh kerana menolak cinta seorang lelaki. 

TikTok sangat popular di Pakistan, namun sering disekat kerana dikaitkan dengan kandungan tidak bermoral dan LGBT. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI