fbpx

Bapa saudara nakal diberkas lepas minta ‘hadiah’ hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai merogol anak saudara perempuannya dalam kejadian di Taman Matahari, Kluang

KLUANG – Perbuatan terkutuk seorang pekerja syarikat telekomunikasi memperkosa anak saudaranya terbongkar selepas mangsa membuat pengakuan kepada polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 15 tahun berada di rumah suspek pukul 3 petang pada tahun 2023.

“Hasil rakaman percakapan, remaja itu dirogol ketika bermalam di rumah suspek dua tahun lalu.

“Perbuatan itu dilakukan ketika mangsa sedang tidur. Remaja itu tidak pernah menceritakan perkara tersebut kepada keluarganya kerana takut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin, suspek kemudian menghubungi mangsa pada pukul 7 pagi, 24 Jun lalu menerusi aplikasi WhatsApp ketika remaja tersebut berada di sekolah.

Katanya, suspek yang sudah berkahwin meminta mangsa memberikan hadiah sempena hari lahirnya, tetapi remaja itu memberitahu dia tidak mempunyai wang.

“Suspek beritahu ada hadiah yang tidak perlu keluarkan wang. Mangsa faham suspek mahu mengajaknya tidur bersama,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian membuat laporan polis pada Sabtu lalu sebelum suspek yang berusia 37 tahun diberkas kelmarin. Lelaki itu tiada rekod lampau dan bebas pengambilan bahan terlarang.

Lelaki itu direman selama lima hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI