fbpx

Bapa maut, bayi cedera parah dirempuh Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda EX5 yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Mohd. Zulshahriel di Jalan Gong Medang, Besut semalam.

BESUT – Seorang lelaki maut manakala bayi lelakinya berusia setahun pula cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Gong Medang berhampiran Kampung Atas Gong di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Zulshahriel Mohd. Zalfari, 41, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, sewaktu kejadian, motosikal dinaiki dua beranak itu dikatakan mahu keluar simpang ke Jalan Gong Medang dari Lorong Atas Gong di sini.

“Sebaik motosikal mangsa membelok ke kanan ke arah Tembila, sebuah kereta Perodua Myvi yang dalam perjalanan ke Kampung Raja di sini gagal mengelak lalu merempuhnya.

“Impak rempuhan tersebut menyebabkan dua beranak terbabit tercampak ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, mayat Mohd. Zulshahriel telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, bayi mangsa yang cedera parah dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI