fbpx

Bangkai ikan di Sungai Kinta dipercayai dibuang daripada kolam ternakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ghazali A. Manap (kanan) dan Teh Kok Lim (dua dari kanan) semasa perasmian Aktiviti Pembersihan Sungai sempena Program Grand Prix Memburu Ikan Asing Negeri Perak Siri di Ipoh, Perak hari ini.-Foto FADZIL ZAINOL

IPOH – Lambakan bangkai spesies tilapia hitam terapung di Sungai Kinta baru-baru ini disyaki merupakan ikan daripada aktiviti kolam ternakan yang dibuang ke dalam sungai tersebut.

Pengarah Perikanan Negeri Perak, Mohd. Ghazali A. Manap berkata, berdasarkan saiz ikan itu dipercayai hidupan tersebut bukan merupakan ikan asal dalam sungai berkenaan.

“Saiz ikan yang mati itu seragam. Kita syak (dibuang) daripada aktiviti kolam ternakan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Aktiviti Pembersihan Sungai sempena Program Grand Prix Memburu Ikan Asing Negeri Perak Siri 1/2025 di sini hari ini.

Kejadian ratusan bangkai ikan di Sungai Kinta itu tular dalam media sosial baru-baru ini sehingga mengundang persoalan kononnya tahap rendah kualiti air sungai menjadi punca kematian ikan.

Mohd. Ghazali menolak dakwaan berlakunya pencemaran sungai beberapa hari sebelum itu yang menyebabkan ikan mati.

“Tiada kaitan. Kerana kualiti air yang kita ambil menunjukkan parameter berada di paras optimum dan amat sesuai untuk kehidupan ikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah segera mengeluarkan bangkai terbabit kerana khuatir jika ada penyakit tertentu yang berisiko menjangkiti hidupan ikan yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI