PELAKON yang semakin meningkat naik, Ananya Panday dituduh cuba meniru gaya aktres terkenal Deepika Padukone.
Dakwaan tersebut timbul bersandarkan penampilan Ananya dalam filem baharunya bersama Karthik Aaryan berjudul Tu Meri Main Tera Main Tera Tu Meri tular dalam media sosial.
Menurut netizen, penampilan Ananya tidak ubah seperti Deepika Padukone lewat filem Fighter.
Dalam naskhah tersebut, Ananya menggelapkan kulitnya menggunakan spray ‘fake tan’ untuk mendapatkan penampilan yang lebih seksi.
Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran selepas melihat fotonya adalah Deepika Padukone. Ananya menggelapkan kulitnya untuk kelihatan seperti Deepika.