fbpx

AADK, media perlu seiring sebar kempen antidadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin (tengah, depan) bergambar kenangan bersama peserta pada Program Menembak AADK sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, hari ini.

PUTRAJAYA – Pengamal media memainkan peranan penting sebagai penghubung utama dalam usaha membanteras isu penyalahgunaan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata, kerjasama pelbagai pihak merupakan langkah penting bagi menjayakan usaha pencegahan dadah di negara ini.

“Amat penting sekali adalah kita semua perlu bergerak bersama seiring dan senada dalam isu penagihan dan rawatan ketagihan dadah.

“Pencegahan dadah ini perlu menjadi elemen utama di semua peringkat bukan sahaja di peringkat pembuat dasar (kerajaan) semata-mata,” katanya pada Program Menembak AADK sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program hari ini, Ruslin berkata, acara menembak bersama pihak luar khususnya media akan dilaksanakan secara berterusan.

“Pelbagai program telah dirancang melibatkan rakan strategik dan rakan pintar khususnya media dan semua program itu akan dilaksanakan tahun ini.

“Oleh itu, kami mengharapkan sokongan padu semua pihak khususnya dalam menggerakkan kempen-kempen antidadah agar mesej pencegahan ini dapat digerakkan secara bersama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI