fbpx

9,408 pelajar Terengganu jadi perintis program Tuisyen Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kanan) menyerahkan peranti Madani kepada Nur Alia Antasha yang merupakan pelajar cemerlang SPM pada PMR peringkat Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 9,408 pelajar Terengganu bakal menerima manfaat program Tuisyen Madani kelolaan Kementerian Pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program sama akan melibatkan 614 guru untuk mengajar murid dan pelajar terlibat.

Beliau berkata, Terengganu menjadi negeri terawal melaksanakan program Tuisyen Madani pada tahun ini sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa terdekat.

“Saya ingin umumkan (Program Tuisyen Madani) khusus untuk Terengganu melibatkan peruntukan RM5.27 juta.

“(Seramai) 9,408 orang pelajar akan terlibat dan ia program pertama di Malaysia,” katanya ketika merasmikan penutup Program Madani Rakyat (PMR) peringkat Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang di sini hari ini.

PMR peringkat Terengganu selama tiga hari sehingga semalam yang melibatkan penyertaan 24 kementerian dan agensi kerajaan berjaya menarik lebih 82,000 pengunjung.

Anwar berkata, pencapaian cemerlang pelajar Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) amat membanggakan dan perlu dipertahankan.

Dalam pada itu, beliaulah berkata, tujuh projek baharu termasuk pembinaan
kolej matrikulasi, kampus Politeknik Kuala Terengganu dan dua bengkel kemahiran bernilai keseluruhan RM78.16 juta telah diluluskan di Terengganu.

Beliau berkata, selain itu kerajaan Persekutuan juga akan memperluas kan liputan Internet jalur lebar untuk kemudahan penduduk di Hulu Terengganu dan Besut.

“Inisiatif tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 15,000 isi rumah khususnya golongan pelajar dan peniaga kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI