fbpx

Trump pilih ‘lelaki Alpha’ duta Amerika ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mencadangkan pengulas konservatif berdarah Australia-Amerika yang menggelar dirinya sebagai ‘lelaki alpha’ dan dikenali sebagai penyokong setia rangkaian restoran Hooters, Nick Adams sebagai duta baharu Amerika Syarikat(AS) ke Malaysia, lapor laman berita Politico.

Adams, 40, yang kini menetap di Florida, terkenal dengan kesetiaannya kepada slogan kempen Trump, Jadikan Amerika Hebat Semula (MAGA).

Beliau mula menonjol pada 2016 selepas Trump memuji bukunya, Green Card Warrior: My Quest for Legal Immigration in an Illegals’ System sebagai ‘bacaan wajib’.

Pada 2024, Trump menulis kata pengantar untuk buku Adams, Alpha Kings yang memberikan nasihat kepada belia lelaki tentang cara untuk menjadi lelaki alpha sejati.

Adams yang dilahirkan di Australia, pernah berkhidmat dalam kerajaan tempatan sebelum dikritik oleh rakan dalam parti kerana tingkah laku yang didakwa ‘boleh memalukan parti’.

Beliau menjadi warganegara AS pada 2021.

Dalam rakaman video yang disiarkan di laman X, Adams menyifatkan pencalonannya sebagai ‘penghormatan seumur hidup’ dan berhasrat menyebarkan semangat muhibah Trump kepada rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Trump pernah mencalonkannya sebagai ahli lembaga Woodrow Wilson Center pada 2020.

Adams juga kerap muncul di saluran berita Fox News untuk membincangkan isu seperti imigresen dan ‘pembaikan politik’

Sekiranya pencalonan Adams mendapat sokongan Kongres, beliau akan menggantikan Edgard Kagan iaitu seorang diplomat profesional yang dicalonkan oleh Presiden Biden pada 2023 .– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN