fbpx

Seminar motivasi didakwa ajar perkara tidak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - JANAAN AI

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang pengguna Facebook mendedahkan kegiatan seorang penulis yang didakwa menjalankan program yang melanggar syarak melibatkan golongan wanita.

Menurut beberapa hantaran di Facebook tersebut, penulis wanita berkenaan serta suaminya menganjurkan program yang didakwa mempergunakan kelemahan peserta yang sedang kecewa, tidak bersemangat dan berada di titik terendah dalam hidup.

Difahamkan, ramai peserta telah keluar daripada program berkenaan selepas menyedari pasangan itu melakukan perkara yang haram di sisi agama.

Katanya, ada juga peserta yang telah membuat aduan kepada pejabat agama, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Menurut hantaran itu, penulis berkenaan dikatakan menganjurkan seminar kononnya bagi memulihkan kembali semangat para wanita yang kecewa.

Bagaimanapun katanya, didakwa berlaku beberapa perkara yang tidak senonoh seperti aksi lucah, menanggalkan pakaian di hadapan semua peserta dan tarian mengghairahkan.

Lebih memeranjatkan lagi, program tersebut menawarkan beberapa pakej program kepada pesertanya hingga mencecah RM10,000.

Perkara ini juga dikatakan sudah dikongsikan kepada pempengaruh terkenal seperti Cikgu Fadhli Salleh dan Caprice agar pihak berkuasa dan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada pengasas program tersebut.

Sehingga kini, tinjauan Kosmo! di media sosial penulis berkenaan mendapati tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung dakwaan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI