JAKARTA – Penduduk di Boyolali, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan penemuan beratus-ratus kain yang disembunyikan di atas siling pada binaan berbumbung di sebuah kubur, lapor portal berita Poros Jakarta.
Kejadian berlaku di Tanah Perkuburan Lodji dekat daerah Karanggede, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @laporan8.id memaparkan seorang lelaki sedang mengeluarkan timbunan kain daripada siling yang telah dipecahkan.
Kebanyakan kain yang ditemui adalah kain batik.
Jumlahnya yang banyak menyebabkan warga setempat mendakwa kain-kain tersebut diletakkan oleh makhluk halus.
Rakaman itu mencatatkan lebih 40,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Hantu pula kena fitnah,” kata seorang netizen. – AGENSI