fbpx

Penyewa cuba padam api tapi makin marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Kondominium Elite Height, Bayan Lepas, petang tadi.

GEORGE TOWN – Sekumpulan penyewa di sebuah kondominium Elite Height, Bayan Lepas, di sini sempat melarikan diri selepas kediaman itu terbakar, petang tadi.

Semua individu terbabit sebelum itu dikatakan cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dengan bantuan jiran, namun gagal kerana api semakin marak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.16 petang tadi.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru diketuai Komander Operasi, Mohamad Hirman Mat Rodzi.

“Kebakaran berlaku di sebuah unit rumah kelas A yang melibatkan perabot dan alat perkakasan elektrik di luar rumah.

“Ia turut melibatkan sebahagian kecil struktur bangunan dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 40 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.27 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI