SEOUL – Penyanyi terkenal Korea Selatan yang juga bekas anggota kumpulan K-Pop, Taeil dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan kerana jenayah seksual, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Taeil, 31, dan dua rakan konco yang hanya dikenali sebagai Lee dan Hong mengaku salah pada Jun lalu secara bergilir-gilir menyerang mangsa mereka iaitu seorang pelancong wanita dari China.
Seorang hakim daerah di Seoul menyifatkan jenayah itu sebagai sangat berat.
Namun, hakim hanya menjatuhkan separuh daripada hukuman penjara yang diminta oleh pendakwa raya kerana semua tertuduh adalah pesalah kali pertama.
Mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani 40 jam program rawatan khusus untuk pelaku keganasan seksual.
Mahkamah diberitahu bahawa mereka bertemu mangsa di sebuah bar dalam daerah Itaewon, Seoul.
Pelancong wanita itu mabuk selepas minum bersama mereka, mahkamah diberitahu.
Semua tertuduh dan mangsa kemudian menaiki teksi ke rumah Lee, di mana serangan itu berlaku.
Taeil yang nama sebenarnya Moon Tae-il, meninggalkan NCT pada Ogos tahun lalu.
Dakwaan mengenai jenayah seksual muncul walaupun butiran sebenar tidak diketahui umum pada masa itu. – AGENSI