fbpx

Malaysia, Pakistan akan meterai perjanjian perdagangan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika terima kunjungan Mohammad Ishaq di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia dan Pakistan kini dalam persiapan untuk memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) penting sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ke Malaysia tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar, hari ini.

“Antara yang dibincangkan termasuk memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia–Pakistan (MPCEPA), serta mengembangkan kerjasama dalam sektor halal, khususnya eksport daging dari Pakistan dengan memberi tumpuan kepada daya saing harga,” katanya di media sosial.

Anwar turut memaklumkan bahawa nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan melonjak lebih 25 peratus tahun lalu kepada AS$1.76 bilion (RM7.5 bilion).

“Kami juga meneroka potensi kerjasama baharu dalam bidang pertanian termasuk perdagangan beras,” katanya.

Selain aspek ekonomi, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk hubungan ASEAN–Pakistan serta isu Jammu dan Kashmir.

“Malaysia kekal menyokong penyelesaian damai melalui dialog, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” jelas beliau.

Anwar turut menekankan kepentingan memperkukuh keterlibatan Pakistan dalam kerjasama masa depan bersama ASEAN. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI