SABAK BERNAM – Bomba mengambil masa lebih tujuh jam membersihkan tumpahan asid susulan kemalangan jaya raya di Jalan Besar Sabak Bernam di sini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.01 malam dengan kemalangan itu
melibatkan sebuah lori membawa muatan asid dan sebuah lori membawa muatan kelapa.
Katanya, anggota bomba yang tiba 12 minit kemudian mendapati terdapat seorang lelaki yang juga pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
“Kemalangan itu turut menyebabkan
tumpahan asid nitrik dengan kepekatan bahan 68 peratus sebanyak 40 drum dan calsium hypochlorite 70 peratus sebanyak 24 drum.
“Kerja-kerja pembersihan kemudiannya dilakukan dan berjaya diselesaikan sepenuhnya kira-kira pukul 2.42 pagi,” katanya hari ini.
Jelas beliau, operasi berkenaan melibatkan kekuatan seramai 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, BBP Sungai Besar dengan bantuan pasukan Hazmat BBP Rawang. – KOSMO! ONLINE