fbpx

[VIDEO] Lalu jalan ‘Abang Besar’, kenalah hormat sikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kereta berkenaan tidak memperlahankan kenderaan ketika seekor gajah melalui jalan Gerik, Perak.

PETALING JAYA – Tindakan berani pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang cuba merempuh laluan ketika seekor gajah ingin melintas di jalan Gerik, Perak mencetus kemarahan orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh Mamukhabir, kelihatan kenderaan itu tidak memperlahankan kenderaan walaupun jelas seekor gajah berada berhampiran jalan, sekali gus hampir mencetuskan insiden tidak diingini.

“Tak cerdik betul pemandu kereta Myvi itu nasib baik tak kena pijak dengan dia (gajah),” katanya dalam klip berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial berang dengan tindakan terburu-buru pemandu tersebut yang dianggap tidak bertimbang rasa terhadap haiwan liar yang turut berkongsi laluan di kawasan hutan berkenaan.

“Dari situ kena belajar sabar sebab kita sama-sama nak gunakan jalan raya, kalau dekat luar negara, seekor burung lalu pun sanggup tunggu sehingga selesai keadaan. Kita ini janganlah nak cepat sahaja, kena tenang,” komen Maznah Talib.

“Gajah tak kacau orang kalau orang tak ganggu dia. Jangan cuba membuat gajah itu jadi panik, buruk padahnya. Pihak berkuasa pun tak boleh buat apa, itu tempat mereka,” kata Zack.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut meminta pihak berkuasa mengesan pemandu terbabit kerana tindakannya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, tetapi boleh mencetuskan kemalangan melibatkan pengguna jalan raya lain.

“Tolonglah cari pemandu kereta ini, dia kenapa ye sebenarnya, nak kata tidak perasan gajah itu dekat situ kereta-kereta lain sudah berhenti jadi tipulah kan tak nampak,” ujar Riniey.

“Kenapa masih belum faham rakyat kita ini. Sebolehnya janganlah bunyikan hon atau nyalakan lampu, jaga jarak dan apabila sudah selamat baru boleh sambung perjalanan. Kita ini masuk tempat dia, kena jaga adab,” balas Ale. -KOSMO! ONLINE

@mamukhabir kerana kebodohan Myvi, org lain jd gelabah… 10 July 2025 bukit Jeli – Gerik @Noor Azlida #tmax #fyp #jeli #gerik #gajahviral ♬ bunyi asal – Mamu Khabir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI